1. MEMBUAT PEMBAYARAN
Pembayaran yuran adalah wajib bagi setiap ahli. Kadar yuran telah ditetapkan pada AGM Pertama (2013) dan disahkan untuk kali kedua pada AGM Kedua (2014) oleh itu sebarang pendaftaran harus disediakan pembayaran terlebih dahulu bagi melicinkan urusan pendaftaran serta pengesahan dapat dilakukan segera selepas langkah kedua. Kadar yuran pula adalah seperti berikut :
- Yuran Pendaftaran (Wajib dan hanya sekali dikenakan) = RM20
- Yuran Tahunan = RM30
- Yuran Seumur Hidup = RM300
Pembayaran pula boleh dilakukan melalui pindahan wang online mahupun deposit ke akaun Maybank di atas nama Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng (No Akaun 5647 1750 7781)
Sebaik sahaja pembayaran telah dilakukan anda hantarkan kepada kami gambar slip bukti pembayaran sama ada melalui emel alumni.sbpigopengprk@gmail.com atau whatsapp kepada no 011 1648 9182 (urusetia) dan simpan slip anda untuk rujukan.
2. MENGISI BORANG
Selesai membuat pembayaran anda boleh mengisi borang online pada pautan berikut :
https://docs.google.com/forms/d/1dy5C5zQS5K2XCtdk_jkHTJkvrvESCJ-CHyaeNW6dUG8/viewform
Pautan ini juga terdapat pada sisi kanan blog bersama pautan lain.
Pastikan anda mengisi borang dengan lengkap bagi memudahkan proses dokumentasi setiap ahli termasuk tarikh dan masa pembayaran yang telah dilakukan sebelumnya.
3. MENUNGGU PENGESAHAN
Pengesahan anda telah mendaftar sebagai ahli rasmi Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng akan dibuat segera sama ada melalui emel/sms/whatsapp dari pihak kami
*Semoga inisiatif ini dapat memudahkan anda untuk mendaftar dan menjadi anggota rasmi pertubuhan alumni sekolah kita yang sentiasa dalam kenangan
*Sebarang masalah boleh dirujuk kepada sy webmaster blog (011 1648912), Saudara Firdaus (012 441 6375) atau Saudara Ismail (011 3224 2411)
Alumni SBPI Gopeng milik bersama :)
No comments:
Post a Comment