2014 menandakan telah setahun pertubuhan ini telah ditubuhkan serta salah satu acara wajib tahunan yang mesti diadakan adalah mesyuarat agung tahunan atau dikenali sebagai AGM. AGM Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng menjadi medan penting bagi menentukan hala tuju pertubuhan serta ruang perbahasan isu yang melibatkan pertubuhan mahupun alumni. Kami telah meringkaskan sedikit sebanyak perjalanan majlis AGM 2014 kali kedua :
-AGM 2014 kali kedua ini telah diadakan di Hotel Sentral Kuala Lumpur pada 6 Disember 2014 bermula pada jam 11 pagi sehingga 2 petang. Mesyuarat ini telah disertai sebanyak 25 ahli berdaftar Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng dengan bacaan doa oleh saudara Hasri Furqon dari Biro Kebajikan dan Kerohanian.
-Acara diteruskan dengan ucapan dasar oleh Tuan Presiden, Saudara Firdaus Kamarazaman yang mengalukan kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini, penerangan struktur organisasi serta agenda yang bakal dibincangkan pada AGM kali ini.
-Seperti kelaziman pada mesyuarat agung tahunan yang lain setiausaha akan membentangkan minit mesyuarat AGM terdahulu, justeru AGM pertama pada 2013 dan telah dibentangkan oleh Dr Hazirah yang memegang jawatan Setiausaha 1 dan telah mendapat pengesahahan majoriti yang hadir pada AGM kali ini.
-Selepas selesai pembentangan minit mesyuarat lepas adalah merupakan sesi pembentangan laporan aktiviti tahun 2014 serta perancangan aktiviti tahun 2015 bagi setiap biro iaitu Biro Akademik, Biro IT&Multimedia, Biro Kebajikan & Kerohanian, dan Biro Sukan & Rekreasi.
-> Biro Akademik (Saudari Norizan)
a) Program Eksplorasi Kerjaya 2014 telah berjaya dilaksanakan pada 12 dan 13 April di SBPI Gopeng
b) Cadangan bagi aktiviti tahun 2015 seperti Anugerah Khas Alumni, Program Adik Angkat serta Karnival Kerjaya
-> Biro IT dan Multimedia (Saudara Haziq)
a) Membuka akaun rasmi FB serta blog, Mengeluarkan kad raya sempena Aidilfitri dan menerbitkan edaran tidak berkala iaitu Extravaganza edisi pertama adalah antara yang berjaya dilaksanakan sepanjang Penggal 2013-2014
b) Cadangan bagi aktiviti tahun 2015 seperti penambahan ahli Biro IT dan Multimedia, Extravaganza edisi kedua serta mengeluarkan banting rasmi Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng
-> Biro Kerohanian dan Kebajikan (Saudara Hasri Furqon)
a) Cadangan bagi aktiviti tahun 2015 seperti Program Meraikan Pelajar Asnaf, Sehari Berpuasa di SBPI Gopeng, Sukarelawan Alumni, Tabung Kilat Alumni serta Minggu kembali ke Sekolah
-> Biro Sukan dan Rekreasi (Saudara Fitri)
a) Futsal A.I.G telah berjaya dilaksanakan pada 24 Ogos di Prosport Futsal Arena Ipoh, Perak
b) Cadangan bagi aktiviti tahun 2015 seperti Futsal A.I.G edisi ketiga lelaki dan perempuan, dan Aktiviti Boling A.I.G
-Usai pembentangan dari setiap biro adalah pembentangan kewangan semasa pertubuhan oleh saudara Muhammad Zaid Bakar Redin, Timbalan Bendahari pertubuhan. Status kewangan adalah seperti berikut :
-> Jumlah Sumbangan 2013 : RM 5900.00
-> Jumlah Yuran 2013 : RM 0000
-> Jumlah Perbelanjaan : RM 315.00
-> Baki Dalam Tangan pada 31/10/2014: RM7630.33
-Sebelum mesyuarat ditangguhkan untuk hari itu berlangsung sesi perbahasan dan soal-jawab dari ahli berdaftar yang hadir pada hari itu berkenaan pelbagai isu.Antara perkara yang dibangkitkan ialah :
-> penetapan yuran seumur hidup;
-> pelaburan tetap bagi menambah dana alumni;
-> cadangan mewujudkan KPI bagi menambahkan mutu pertubuhan;
-> cadangan mewujudkan anak syarikat dalam pertubuhan bagi menambah dana;
-> cadangan bagi menambahkan ahli melalui kerjasama pihak sekolah sebaik sahaja pelajar menamatkan SPM atau selepas 2 tahun belajar;
-> cadangan bagi menambahkan aktiviti sukan seperti bowling,bola jaring, futsal dan badminton untuk ahli lelaki dan wanita serta cadangan melancong;
-> cadangan bagi ahli alumni bagi membuat promosi/iklan dalam bidang kerjaya;
-> cadangan untuk program sirih pulang ke gagang 4 tahun sekali, dimana semua ahli alumni akan pulang kembali ke sekolah;
-> serta cadangan bagi mewujudkan wakil ahli setiap batch dimana keutamaan akan diberi kepada ketua pelajar dan penolong ketua pelajar
-Turut diadakan pada mesyuarat itu adalah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh alumni sendiri bagi memeriahkan majlis dan AGM 2014 telah ditangguh dengan jayanya pada jam 2 petang hari yang sama.
Di kesempatan ini ucapan terima kasih dirakamkan buat yang hadir pada hari berkenaan dan segala yang dibahaskan telah dibincangkan di peringkat jawatankuasa melalui mesyuarat atas talian serta warga alumni boleh mendapatkan minit mesyuarat AGM 2014 yang telah disediakan setiausaha pertubuhan. InsyaAllah ayuh kita majukan pertubuhan ini bersama.
p.s: Buat yang belum menjadi ahli marilah mendaftar menjadi ahli dan kita juga telah menyediakan pendaftaran atas talian bagi memudahkan alumni mendaftar.
No comments:
Post a Comment