title pertubuhan

title pertubuhan

Bismillah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Tuesday, 15 April 2014

PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA

     Pada 12 dan 13 April 2014, satu program pendedahan kerjaya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina, SBP Integrasi Gopeng. Program ini dianjurkan oleh Biro Akademik Pertubuhan Alumni dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah. Ianya merupakan program pertama selepas pertubuhan alumni ditubuhkan secara rasmi.
    Tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang bidang-bidang kerjaya yang ada. Seramai 17 orang alumni yang sudi menyumbang tenaga menjadi fasilitator bagi program ini. Para fasilitator mewakili hampir setiap bidang kerjaya yang berlainan.

    Sasaran peserta adalah pelajar tingkatan 4 dan 5. Para peserta berpeluang mendengar perkongsian menarik daripada setiap fasilitator tentang perjalanan kerjaya mereka selepas tamat alam persekolahan. Ia dapat membantu peserta dalam menetapkan bidang/ kerjaya yang mereka minati. Pihak penganjur menggalakkan komunikasi dua hala dalam program ini. Perkongsian ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat para pelajar untuk lebih rajin berusaha melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam bidang yang mereka minati. Para fasilitator juga tidak lupa untuk berkongsi tips-tips menjadi pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna kelak.



Para fasilitator telah berkumpul di sekolah pada petang Sabtu 12 April 2014. Taklimat fasilitator telah diadakan pada jam 5ptg di Bilik Kaunseling. Taklimat juga disertai Cikgu Gan selaku guru kaunseling dan wakil pihak sekolah yang menguruskan perjalanan program ini.


Program Eksplorasi Kerjaya ini telah dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama bermula jam 9malam di Dewan Ibnu Sina yang melibatkan pelajar tingkatan 4. Dalam slot ini, fokus fasilitator lebih kepada memberi motivasi kepada adik-adik supaya tidak leka dan memulakan persediaan awal menghadapi SPM pada tahun hadapan serta perkongsian ringkas tentang pengalaman fasilitator semasa dan selepas alam sekolah. Slot bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Pertubuhan Alumni, saudara Ahmad Firdaus.Selesai memperkenalkan kesemua fasi yang hadir, slot diteruskan dengan membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan kecil.Dua orang fasi telah ditempatkan dalam setiap kumpulan.Perkongsian tamat pada jam 11 malam.


Fasilitator slot tingkatan 4

   Pada keesokan harinya, Ahad 13 April, slot kedua dan terakhir bermula pada jam 8.30pagi. Slot ini melibatkan pelajar tingkatan 5 dan lebih memfokuskan kepada pendedahan kerjaya. Ucapan aluan Pengerusi Pertubuhan Alumni telah membuka tirai slot pada pagi itu. Setiap fasi diberi peluang untuk bercakap tentang bidang masing-masing. Terdapat 7 bidang yang berjaya dikumpulkan. Ceramah berhenti rehat pada jam 10.30 pagi selama 20minit. Para fasi dan peserta dihidangkan dengan minum pagi di dewan sebelum menyambung semula slot. Sesi ceramah tamat pada jam 12.30tengahari dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata tanda penghargaan daripada pihak sekolah kepada kesemua fasilitator yang terlibat. Terima kasih diucapkan!



Wakil bidang perubatan










Wakil bidang undang-undang menjawab soalan daripada peserta

Kemudian ruang disediakan untuk setiap bidang bagi memberi peluang kepada peserta berkomunikasi dengan fasilitator. Peserta bebas untuk pergi dan bertanya kepada wakil setiap bidang untuk merungkai segala persoalan tentang bidang kerjaya yang mereka minati. Setiap bidang mendapat sambutan yang menggalakkan. Para fasi tidak jemu untuk menjawab segala soalan yang dilontarkan kepada mereka.













Sesi fotografi mengakhiri slot terakhir pada hari itu dan fasilitator dijemput menikmati hidangan tengahari. Terpancar wajah kepuasan di wajah-wajah para peserta. Aura semangat membara untuk mencapai kejayaan juga jelas kelihatan. Walaupun keletihan, para fasilitator juga gembira dapat sama-sama menjayakan objektif program ini disamping berpeluang mengimbas kembali memori-memori indah semasa di sekolah dulu. Harapan kami supaya semangat yang membara pada setiap peserta itu akan terus membara sehingga mereka mampu melakar kejayaan lebih gemilang.



Seinfiniti terima kasih kepada Unit Kaunseling Sekolah, Cikgu Gan dan Cikgu Suhaimi yang banyak membantu kami dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan layanan terbaik sepanjang keberadaan fasi di sekolah. Makanan dan penginapan semua lengkap disediakan untuk semua fasilitator. Semoga usaha ini tidak sia-sia. Salam perjuangan budak adik-adik semua!

Engineering (Chemical)

Paramedic

Engineering (Oil & Gas)


                                                                                                                                     




Aviation Management

Law
Agricultural Science

Engineering (Electrical)


Dentistry
Engineering (Mechatronics)



Cenderamata daripada pihak sekolah



Wakil Sains Kesihatan sedang menjamu selera


Respon daripada wakil pelajar






[Biro Akademik]

2 comments:

  1. Nice. Hope to join you guys for the next event :)

    ReplyDelete
  2. This year insyaAllah gonna be in April..bleh contact dengan saudari Norizan utk this year nye program ye cik fizlah Ainna :)

    ReplyDelete