Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Alhamdulillah 2013 bakal berlabuh maka 2014 bakal membuka lembaran baru buat semua insan. Apa yang telah dilalui telah menjadi lipatan sejarah masing-masing begitu juga Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng yang dilahirkan pada 2013 juga yang juga mempunyai pelbagai peristiwa penting di dalamnya. Eloklah penulis menghuraikan secara lanjut berkenaan setiap titik penting dalam tahun 2013 kerana titik penting ini juga bersangkut paut dengan sejarah kelahiran Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng.
Bermula pada 18 Januari 2013 pihak sekolah memerlukan sumbangan papan notis dari alumni bagi dipasang di sekitar sekolah dan disahut permintaan pihak sekolah oleh alumni-alumni SBP Integrasi Gopeng bagi menjayakan hasrat itu. Ia menjadi antara perhubungan awal antara pihak sekolah dan alumni bagi kearah kerjasama yang lebih erat kerana SBP Integrasi Gopeng telah tercalon untuk menjadi antara Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada waktu itu.
Dengan kegigihan beberapa individu yang ingin merealisasikan penubuhan sebuah entiti yang dapat mewakili segenap alumni SBP Integrasi Gopeng, pertemuan pertama diadakan pada 20 Februari 2013 bagi mendapatkan pandangan serta berkongsi idea ke arah menubuhkan entiti Pertubuhan Alumni Integrasi Gopeng.
Bertitik tolak dari pertemuan itu, satu jemputan dikeluarkan pada 28 Februari 2013 kepada seluruh alumni SBP Integrasi Gopeng untuk mengadiri Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penaja bagi menyusun atur gerak organisasi dari proses pendaftaran hinggalah satu meyuarat agung diadakan selepas pendaftaran diluluskan.Alhamdulillah, bertempat Kenny Roger's KL Sentral Kuala Lumpur pada 4 Mac 2013 menjadi medan permulaan rasmi kepada penubuhan pertubuhan dengan perlantikan ahli jawatankuasa penaja bagi mendaftarkan pertubuhan dibawah ROS.
Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa penaja bagi Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng :
- Pengerusi : Saudara Ismail Ali Mohd Jobran
- Naib Pengerusi : Saudara Mohamad Hasri Furqon Ahmad
- Setiausaha : Saudara Ahmad Firdaus Kamarazaman
- Naib Setiausaha : Saudara Muhammad Haziq Abdul Ghani
- Bendahari : Saudara Adam Khairuddin
- AJK : Akmal Ibrahim, Muizzudin Mahamud, Mashita Yunoos
Alhamdulillah, mesyuarat berjalan dengan lancar dan segala proses dokumentasi yang diperlukan untuk pendaftaran juga berjaya dilakukan semasa dan selepas mesyuarat.
Selain itu, projek memasang papan notis LED juga juga menjadi keutamaan dengan pelancaran kutipan dana bagi membiayai projek ini pada 15 Mei 2013 dengan Saudara Hasri Furqon diamanahkan untuk mengumpulkan dana berkenaan sehingga mencukupi. Alhamdulillah, dana yang dikumpulkan mencapai sasaran dan sedang menjalani proses akhir untuk tempahan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Bahagian 2 akan datang
No comments:
Post a Comment