Salam sehati sejiwa pembaca dan alumni sekalian. Sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda berkenaan minggu alumni secara ringkas yang mana tumpuan utama pada program itu ialah Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM 2015 secara ringkas. Pada kali ini kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa AGM 2015 adalah seperti berikut:
Maka dengan segala hormatnya semua Alumni SBPI Gopeng dijemput bagi menghadiri ke acara ini. Bukan sahaja bagi memilih ajk penggal baharu, malah berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama teman-teman sepersekolahan anda, malah mungkin mengimbau kembali kenangan sewaktu berada di alam persekolahan suatu ketika dahulu.
Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli rasmi usah khuatir kerana pendaftaran akan turut diadakan sebelum AGM 2015 bermula dan sepanjang Minggu Alumni diadakan. Pendaftaran secara online dan maya turut masih aktif dan boleh berhubung kepada mana2 ajk untuk sebarang pertanyaan. Bersama kita menjayakan AGM 2015 dan Minggu Alumni !!!
Salam hormat dan hingga kita bertemu lagi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment