title pertubuhan

title pertubuhan

Bismillah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Friday, 28 August 2015

MINGGU ALUMNI: TENTATIF

Salam sehati sejiwa pembaca dan alumni semua. Pastinya 3 hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke 58 yang mana pada tahun ini Sehati dan Sejiwa merupakan tema sambutan pada tahun 2015 kali ini. Marilah kita bersama menghayati semangat serta erti kemerdekaan dengan menjadi seorang rakyat yang berjiwa bebas tetapi mengekalkan semangat kebangsaan.

Coretan pada kali ini ingin kami sampaikan bahawa tentatif berkenaan Minggu Alumni sudah boleh diketahui dan ianya adalah seperti berikut:


Sekali lagi kami ingin mengajak anda semua untuk memeriahkan acara yang julung kali diadakan ini. Bagi yang ingin mengesahkan kehadiran awal amat dialu-alukan dan kami menyediakan dua medium iaitu:

1. Event di FB Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng

2. Borang atas talian melalui pautan 
https://docs.google.com/forms/d/1fk8GAO1kiI1EHJMj-xd-KtIfJn58zviyZtO8LGVg5N4/viewform

Kehadiran awal dapat memudahkan petugas kami untuk menyediakan sajian untuk anda serta penginapan jika diperlukan.

Akhir coretan, ajak kawan2, sedara mara, sepupu IGop korang yang berkesempatan agar turun SBPI Gopeng pada 5 September bagi memeriahkan acara ini. Kami amat mengalukan kehadiran anda di sana nanti.

Sehingga kita bertemu lagi... 

Wednesday, 26 August 2015

HEBAHAN MINGGU ALUMNI - AGM 2015

Salam sehati sejiwa pembaca dan alumni semua, semoga berada didalam keadaan sihat dan selamat. Kurang 2 minggu dari sekarang pertubuhan ini akan mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 3 yang penting di mana bukan sahaja pembentangan laporan tahunan serta perbahasan usul-usul akan mengambil tempat, malah pemilihan serta perlantikan jawatankuasa baharu bagi penggal 2015-2017. Kehadiran jumlah yang mencukupi perlu diambil kira bagi meluluskan usul serta proses pengundian yang akan berjalan pada hari tu juga.



Siapakah yang bakal dilantik sebagai Presiden bagi penggal 2015-2017? Adakah Saudara Firdaus Kamarazaman bakal mempertahankan jawatan yang disandang beliau? Bagaimana pula dengan jawatan Timbalan Presiden dan lain2? Hanya akan terjawab pada 5 September ini.

Sekian sahaja coretan kali ini dan sehingga kita bertemu lagi. Jumpa anda di Gopeng! 

Monday, 17 August 2015

MINGGU ALUMNI : AGM 2015

Salam sehati sejiwa pembaca dan alumni sekalian. Sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda berkenaan minggu alumni secara ringkas yang mana tumpuan utama pada program itu ialah Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM 2015 secara ringkas. Pada kali ini kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa AGM 2015 adalah seperti berikut:



Maka dengan segala hormatnya semua Alumni SBPI Gopeng dijemput bagi menghadiri ke acara ini. Bukan sahaja bagi memilih ajk penggal baharu, malah berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama teman-teman sepersekolahan anda, malah mungkin mengimbau kembali kenangan sewaktu berada di alam persekolahan suatu ketika dahulu.

Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli rasmi usah khuatir kerana pendaftaran akan turut diadakan sebelum AGM 2015 bermula dan sepanjang  Minggu Alumni diadakan. Pendaftaran secara online dan maya turut masih aktif dan boleh berhubung kepada mana2 ajk untuk sebarang pertanyaan. Bersama kita menjayakan AGM 2015 dan Minggu Alumni !!!

Salam hormat dan hingga kita bertemu lagi di masa akan datang.

Monday, 10 August 2015

MINGGU ALUMNI: PERMULAAN

Salam Hormat pembaca dan alumni sekalian. Sudah sekian lama kami tidak dapat berkongsi kepada anda semua aktiviti terkini berkaitan pertubuhan ini. Jika diizinkan insyaAllah liputan berkenaan karnival kerjaya yang telah diadakan baru-baru ini akan dimuatkan di dalam laman blog ini pada masa akan datang. Semoga pada ketika ini anda semua berada di dalam keadaan sihat dan selamat sentiasa.

Coretan kali ini ingin memberitahu pembaca bahawa pada awal september ini akan kami adakan program Minggu Alumni, di mana program yang turut mendapat kerjasama pihak sekolah SBPI Gopeng bagi menjayakannya. Program ini antara program yang penting kerana antara pengisian yang bakal diadakan adalah Mesyuarat Agung Tahunan yang mana pada mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan bagi ahli jawatankuasa baharu bagi penggal 2015-2017.


Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bagi pembahagian tugasan dan insyaAllah dari semasa ke semasa akan kami kemaskini dan maklumkan kepada anda semua maklumat terkini berkenaan mesyuarat agung mahupun minggu alumni.

Salam hormat dan hingga kita bertemu lagi.