Gopenghagen, 5 Mei: Bulan lalu iaitu pada 4 dan 5 April 2015 telah diadakan Karnival Eksplorasi Kerjaya yang dianjurkan oleh Biro Akademik Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng. Karnival ini berjaya mengumpulkan alumni-alumni yang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan tinggi dan alam pekerjaan untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar SBPI Gopeng.
Antara objektif program yang dikelolakan oleh Dr Norizan Ardani selaku Ketua Biro Akademik ialah:
–Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang-bidang kerjaya yang ada dengan lebih terperinci berkaitan skop kerja, keperluan kemahiran dan pengalaman.
–Menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar sekolah SBPI Gopeng berinteraksi secara langsung bersama bekas-bekas pelajar.
–Membantu pelajar-pelajar menetapkan bidang kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
–Menyuntik semangat para pelajar untuk untuk mencapai kejayaan lebih gemilang.
Terdapat pelbagai bidang berjaya diberi pendedahan pada hari berkenaan oleh para alumni seperti Perakaunan dan Kewangan/ Sains Aktuari, Farmasi, Perubatan, Pergigian, Dietetik, Kejuruteraan (Elektrik, Mekanikal, Minyak dan Gas), Geologi, Perundangan Sivil dan Syariah, Pendidikan serta Veterinar.
Karnival ini dijalankan selama dua hari dan antara pengisian selama dua hari itu adalah Sembang Santai (Motivasi dan Hala Tuju, Pengurusan Diri) dan Pameran Kerjaya. Karnival ini juga mendapat kerjasama penuh dari pihak Sekolah SBPI Gopeng dan dibantu oleh Unit Bantuan & Kaunseling sekolah.
Untuk pengetahuan program ini merupakan tahun kedua diadakan dan ia menjadi antara program rasmi Pertubuhan Alumni SBPI Gopeng.
Gambar sepanjang Karnival Eksplorasi Kerjaya yang berlangsung:
Biro Komunikasi dan Multimedia