title pertubuhan

title pertubuhan

Bismillah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Wednesday, 31 December 2014

KEJOHANAN FUTSAL INTER-BATCH AIG 2014 - JUARA MILIK JALAK LENTENG !!!

Ipoh Perak, 24 Ogos : Kejohahan tahunan kali kedua berjaya dianjurkan dengan menyaksikan kejuaraan milik Pasukan Jalak Lenteng. Pasukan yang terdiri dari bekas pelajar SPM 2009 itu menundukkan cabaran Pasukan Voodoo yang dikatakan antara pencabar utama kejuaraan kali kedua itu.


Kejohanan ini juga menyaksikan dominasi 'batch' SPM 2008 dengan naib juara yang dirangkul pasukan Voodoo serta pasukan Sembang Kasi Bimbang.


Meskipun kejohanan kali ini juga tidak disertai setiap batch seperti tahun sebelumnya namun semangat serta kemeriahannya sangat menggalakkan dengan penyertaan pasukan senior dan junior batch serta saingan diantara setiap perlawanan. Saingan kali ini juga dihangatkan dengan penyertaan dari pasukan jemputan guru-guru SBPI Gopeng serta pasukan wakil sekolah SBPI Gopeng.


Gambar sepanjang kejohanan kali kedua...















Kejohanan pada kali ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Tn Pengetua SBPI Gopeng, Tn Hj Shaifuddin Bin Masduki yang turut menyaksikan perlawanan serta sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang serta piala pusingan kepada pasukan Jalak Lenteng. Uniknya pada kejohanan ini piala pusingan yang ditaja sebuah syarikat yang diterajui anak muda alumni SBPI Gopeng sendiri dan telah dinamakan Piala Wanzu dan akan menjadi rebutan kepada setiap pasukan yang bertanding di masa akan datang.

Untuk pengetahuan juga kejohanan kali kedua ini diadakan di Prosport Futsal Arena Ipoh Perak dan dilangsungkan dari jam 9 pagi sehingg 3 petang pada 24 Ogos 2014.

Akhir kalam, sekalung penghargaan buat alumni SBPI Gopeng yang mengelolakan kejohanan ini dari awal sehingga penutup kejohanan dan tidak dilupakan juga para alumni, guru serta pelajar SBPI Gopeng hadir bagi menjayakan kejohanan kali ini. Sekali lagi ucapan terima kasih buat NSRC Enterprise kerana sudi menaja piala pusingan untuk kejohanan kali ini dan kami warga pertubuhan mendoakan perniagaan bertambah maju dan baik.

Siapakah pula yang bakal menjadi juara pada kejohanan edisi 2015 pula? Adakah juara 2014 iaitu Jalak Lenteng akan mempertahankan kejuaraan mereka? Mungkinkah milik naib juara 2014 iaitu Voodoo pula? Atau penampilan pasukan batch super senior pada edisi ketiga bakal merubah segalanya?

Majulah sukan untuk alumni


Tuesday, 15 April 2014

PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA

     Pada 12 dan 13 April 2014, satu program pendedahan kerjaya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina, SBP Integrasi Gopeng. Program ini dianjurkan oleh Biro Akademik Pertubuhan Alumni dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah. Ianya merupakan program pertama selepas pertubuhan alumni ditubuhkan secara rasmi.
    Tujuan program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang bidang-bidang kerjaya yang ada. Seramai 17 orang alumni yang sudi menyumbang tenaga menjadi fasilitator bagi program ini. Para fasilitator mewakili hampir setiap bidang kerjaya yang berlainan.

    Sasaran peserta adalah pelajar tingkatan 4 dan 5. Para peserta berpeluang mendengar perkongsian menarik daripada setiap fasilitator tentang perjalanan kerjaya mereka selepas tamat alam persekolahan. Ia dapat membantu peserta dalam menetapkan bidang/ kerjaya yang mereka minati. Pihak penganjur menggalakkan komunikasi dua hala dalam program ini. Perkongsian ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat para pelajar untuk lebih rajin berusaha melakar kejayaan yang lebih gemilang dalam bidang yang mereka minati. Para fasilitator juga tidak lupa untuk berkongsi tips-tips menjadi pelajar yang cemerlang dan insan yang berguna kelak.



Para fasilitator telah berkumpul di sekolah pada petang Sabtu 12 April 2014. Taklimat fasilitator telah diadakan pada jam 5ptg di Bilik Kaunseling. Taklimat juga disertai Cikgu Gan selaku guru kaunseling dan wakil pihak sekolah yang menguruskan perjalanan program ini.


Program Eksplorasi Kerjaya ini telah dibahagikan kepada dua slot. Slot pertama bermula jam 9malam di Dewan Ibnu Sina yang melibatkan pelajar tingkatan 4. Dalam slot ini, fokus fasilitator lebih kepada memberi motivasi kepada adik-adik supaya tidak leka dan memulakan persediaan awal menghadapi SPM pada tahun hadapan serta perkongsian ringkas tentang pengalaman fasilitator semasa dan selepas alam sekolah. Slot bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Pertubuhan Alumni, saudara Ahmad Firdaus.Selesai memperkenalkan kesemua fasi yang hadir, slot diteruskan dengan membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan kecil.Dua orang fasi telah ditempatkan dalam setiap kumpulan.Perkongsian tamat pada jam 11 malam.


Fasilitator slot tingkatan 4

   Pada keesokan harinya, Ahad 13 April, slot kedua dan terakhir bermula pada jam 8.30pagi. Slot ini melibatkan pelajar tingkatan 5 dan lebih memfokuskan kepada pendedahan kerjaya. Ucapan aluan Pengerusi Pertubuhan Alumni telah membuka tirai slot pada pagi itu. Setiap fasi diberi peluang untuk bercakap tentang bidang masing-masing. Terdapat 7 bidang yang berjaya dikumpulkan. Ceramah berhenti rehat pada jam 10.30 pagi selama 20minit. Para fasi dan peserta dihidangkan dengan minum pagi di dewan sebelum menyambung semula slot. Sesi ceramah tamat pada jam 12.30tengahari dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata tanda penghargaan daripada pihak sekolah kepada kesemua fasilitator yang terlibat. Terima kasih diucapkan!



Wakil bidang perubatan










Wakil bidang undang-undang menjawab soalan daripada peserta

Kemudian ruang disediakan untuk setiap bidang bagi memberi peluang kepada peserta berkomunikasi dengan fasilitator. Peserta bebas untuk pergi dan bertanya kepada wakil setiap bidang untuk merungkai segala persoalan tentang bidang kerjaya yang mereka minati. Setiap bidang mendapat sambutan yang menggalakkan. Para fasi tidak jemu untuk menjawab segala soalan yang dilontarkan kepada mereka.













Sesi fotografi mengakhiri slot terakhir pada hari itu dan fasilitator dijemput menikmati hidangan tengahari. Terpancar wajah kepuasan di wajah-wajah para peserta. Aura semangat membara untuk mencapai kejayaan juga jelas kelihatan. Walaupun keletihan, para fasilitator juga gembira dapat sama-sama menjayakan objektif program ini disamping berpeluang mengimbas kembali memori-memori indah semasa di sekolah dulu. Harapan kami supaya semangat yang membara pada setiap peserta itu akan terus membara sehingga mereka mampu melakar kejayaan lebih gemilang.



Seinfiniti terima kasih kepada Unit Kaunseling Sekolah, Cikgu Gan dan Cikgu Suhaimi yang banyak membantu kami dalam menjayakan program ini. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan layanan terbaik sepanjang keberadaan fasi di sekolah. Makanan dan penginapan semua lengkap disediakan untuk semua fasilitator. Semoga usaha ini tidak sia-sia. Salam perjuangan budak adik-adik semua!

Engineering (Chemical)

Paramedic

Engineering (Oil & Gas)


                                                                                                                                     




Aviation Management

Law
Agricultural Science

Engineering (Electrical)


Dentistry
Engineering (Mechatronics)



Cenderamata daripada pihak sekolah



Wakil Sains Kesihatan sedang menjamu selera


Respon daripada wakil pelajar






[Biro Akademik]

Monday, 13 January 2014

SOROTAN 2013 BHG 04 (AKHIR)

Segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam. Kini sudah melangkah ke tahun baru 2014. Segala yang berlalu pada 2013 menjadi memori, lipatan sejarah malah pedoman untuk menempuh tahun yang baharu. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Penulis juga mendoakan agar pembaca sentiasa dalam lindungan Allah sentiasa. Penulis akan menceritakan bahagian akhir sorotan 2013 dan akan cuba membuat rangkuman disebalik 2013 yang bermakna buat Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng.

Selepas mesyuarat agung tahunan sudah diadakan serta sekolah kita yang tercinta iaitu SBP Integrasi Gopeng menjadi antara Sekolah Berprestasi Tertinggi, iaitu antara pengiktirafan tertinggi dalam sistem pendidikan negara kita, momentum yang sudah dimulakan harus dikekalkan para jawatankuasa alumni bagi memastikan pertubuhan kekal proaktif serta progresif. Satu mesyuarat secara atas talian diadakan pada 29 September 2013 oleh jawatankuasa pertubuhan melalui Facebook serta Whatsapp. Ini merupakan percubaan pertama ahli jawatankuasa yang berada di pelbagai lokasi meluangkan masa selama dua jam secara khusus bagi membincangkan pelbagai perkara.



Meskipun dihimpit kesibukan pelbagai perkara dalam kehidupan namun usaha pertama ini berjaya dilakukan bagi mengemaskini perjalanan pertubuhan serta ke arah untuk membuka keahlian untuk seluruh warga alumni SBP Integrasi Gopeng. Maka pada 3 November 2013, selepas pendaftaran akaun bank khas untuk Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng berjaya dilakukan, pendaftaran dibuka dan mengalukan warga alumni untuk mendaftarkan sebagai ahli kepada pertubuhan.




Pembukaan keahlian buat warga alumni adalah antara perkara terakhir yang berjaya dilakukan sebelum 2013 melabuhkan tirai. Meskipun buat masa kini jumlah yang mendaftar masih rendah, namun pihak jawatankuasa tetap optimis dan mempunyai perancangan bagi menggalakkan lebih ramai alumni untuk mendaftar pada tahun 2014. Bertempat di Ayam Penyet KL Sentral, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2013, satu pertemuan diadakan bagi membentangkan serta membincangkan perancangan setiap biro, hala tuju  serta aktiviti mengikut biro di dalam Pertubuhan Alumni SBP Integrasi Gopeng.



Insya Allah, setiap biro akan bergerak aktif menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing pada 2014 serta mengajak anda warga Alumni SBP Integrasi Gopeng untuk turut sama menyertai pelbagai program yang bakal diumumkan kelak. Semoga usaha ini akan dapat dilakukan secara konsisten serta dapat menyumbang kepada alumni, sekolah serta masyarakat.

Secara ringkas, 2013 merupakan satu tahun yang mempunyai 3 peristiwa yang istimewa kepada kita iaitu ulang tahun sedekad (10 tahun) SBP Integrasi Gopeng, SBP Integrasi Gopeng kini mempunyai pertubuhan bekas pelajar selepas sedekad ditubuhkan, serta SBP Integrasi Gopeng diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Itu merupakan antara perkara 'milestone' awal diantara SBP Integrasi Gopeng serta pertubuhan alumni sendiri. Penulis sangat gembira dengan apa yang telah dicapai oleh SBP Integerasi pada hari ini dan sentiasa mendoakan agar SBP Integrasi agar dapat melangkah dengan lebih jauh dan memperoleh kejayaan di masa akan datang.




Sorotan 2013 bakal berakhir di sini dan nantikan entri baharu kami akan datang.